AF Energy Centre Enterprise merupakan sebuah syarikat 100% pemilikan Bumiputera dan juga syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan pada 19 April 2013 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk semua jenis unit penghawa dingin domestik dan komersial. Kami juga menawarkan perkhidmatan dan membaiki semua jenis penghawa dingin dan sistem penyaman udara yang bergas R22, R410a, dan R32.
Bukan itu sahaja, kami juga memberikan perkhidmatan untuk membekal penyaman udara bagi syarikat mahupun sub-con yang ingin membeli penyaman udara. Di samping itu, syarikat kami mempunyai kedai yang menjual penghawa dingin serta barangan alat ganti (sparepart) penghawa dingin.